skip to main | skip to sidebar
Open Cbox

About me

My photo
duwek
kopi_ice no need to read this stupid things . its such a burden . so dont read ! namely ; Adhwa . pggel adhwa sedh . born at 11 feb .
View my complete profile

tiktoktik

Clock Widgets

rolling-rolling

  • ► 2015 (1)
    • ► January (1)
  • ► 2014 (1)
    • ► August (1)
  • ► 2013 (1)
    • ► February (1)
  • ► 2012 (3)
    • ► June (1)
    • ► March (1)
    • ► January (1)
  • ▼ 2011 (2)
    • ▼ December (1)
      • Pmr result weyh ~,~
    • ► July (1)
  • ► 2010 (1)
    • ► August (1)
Powered by Blogger.

pon,pin,punn :)

virus activated
Uhibbuka Fillah Ami :')

Link Exchange

Pmr result weyh ~,~

December 20, 2011

Assalamualaikum , perr lama weyh tak meng-updae blog nie -- fyi khamis nie result PMR keluar , takut weyhh ~.~ btw ana cuma nak wish good luck to all form 3 student , especially student SMK 18 HEBAT , we can do it bebeh , :'D , 9A & 8A here we come !



lawaa kan cupcakes nie hehhe :D


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Segala puji-pujian bagi Allah. Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia para nabi dan para rasul Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Ya Allah, ya Tuhan kami, rahmatilah ke atas penghulu kami nabi Muhammad suatu rahmat yang Engkau lepaskan kami dengannya dari segala kesusahan dan kebinasaan dan yang Engkau tunaikan bagi kami dengannya segala hajat, dan yang Engkau sucikan kami dengannya dari segala kejahatan dan yang Engkau angkat kami dengannya di sisi-Mu pada setinggi-tinggi darjat, dan yang Engkau sampaikan kami dengannya sejauh-jauh tujuan segala kebajikan semasa hidup dan sesudah mati. Dan juga selawat ke atas keluarga dan sahabat baginda dan anugerahkanlah mereka salam sejahtera yang banyak dengan rahmat-Mu wahai Tuhan Yang Maha Mengasihani.

Ya Allah, jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang berjaya dan orang-orang yang mendapat kemenangan di dalam pembelajaran dan peperiksaan, dan jadikanlah kami dari golongan hamba-hambaMu yang soleh.

Ya Allah, jadikanlah kami dari golongan orang yang berilmu dan orang yang membuat kebaikan, dan janganlah Engkau jadikan kami daripada golongan orang yang jahat dan orang yang membuat kerosakan.Ya Allah bukakanlah hati kami sebagaimana terbukanya hati orang-orang yang arif bijaksana , dan kurniakanlah kepada kami kepada kami kefahaman di dalam agama, dan ajarkanlah kepada kami perkara ta�wil dan tunjukkanlah kami ke jalan yang benar dan kurniakanlah kepada kami kefahaman para nabi , hafalan para rasul, ilham para malaikat muqarrabin di dalam keadaan afiat, wahai Tuhan yang maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Ya Allah, lapangkanlah bagi kami dada-dada kami, dan permudahkanlah bagi kami urusan-urusan kami, dan kurniakanlah taufiq dan hidayah kepada kami, dan luruskanlah kami dan kumpulkan bagi kami di antara perkara yang betul dan perkara yang berpahala, dan lindungilah kami daripada membuat kesalahan terlarang daripada mendapat nikmat dan lupa.

Ya Allah, terangilah cahaya pada hati-hati kami dengan cahaya hidayatMu, sebagaimana Engkau terangi bumi dengan cahaya matahari Mu, dan bukakanlah pintu kemenangan kepada kami dengan kemenangan yang dekat , wahai Tuhan yang Maha Pemberi keputusan, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui.

Ya Allah, Keluarkanlah kami daripada kesamaran dan muliakanlah kami dengan cahaya kefahaman, dan bukakanlah kepada kami pintu-pintu ilmu, dan hiasilah kami dengan akhlak yang baik dan sopan santun, dan jauhkanlah kami daripada kemungkaran akhlak, perbuatan hawa nafsu, dan penyakit, dengan rahmat Mu Tuhan yang Maha Pengasih dari segala yang lain yang mengasihani.

Dan Allah telah berselawat ke atas Sayyidina Muhammad dan ke atas ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian, dan segala puji-pujian bagi Allah Tuhan seru sekalian alam. Aminn ~




Posted by duwek at 4:08:00 AM  

0 comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

pwince n pwincess

Blog Design by Gisele Jaquenod

Work under CC License.

Creative Commons License